
At first, saya buat blog ini, saya sedar yang saya bukanlah sesiapa, bukan ahli agama, apatah lagi lulusan sekolah agama..Boleh dikatakan suara saya sangat kecil kalau nak menyuarakan pendapat dan saya akui, saya insan yang lemah dan agak jahil dalam bab2 agama..Ramai lagi orang yang lebih layak daripada saya, tapi apabila saya fikir2 balik, inilah platform untuk saya belajar berdakwah, berkongsi pendapat..
Saya berharap, dan sebenarnya amat berharap anda dapat berkongsi pendapat dan pengetahuan yang anda dapat bersama-sam saya disini..Saya berharap walaupun kita mungkin selalu sibuk dengan tanggungjawab kita, tetapi kita tetap dapat berbuat sesuatu untuk menyebarkan syiar Islam yang indah ini..sekiranya anda mendapat sesuatu yang baru, lebih baik dikongsi bersama, kerana ilmu itu akan berkembang kalau disebarkan..Saya kira, disinilah kita dapat memainkan peranan kita sebagai seorang muslim, iaitu amar makruf nahi mungkar..Dan, disinilah tempat untuk kita menyuarakan rasa hati kita tentang isu-isu semasa..Walaupun,mungkin tak seberapa,mungkin tidak besar-besaran tapi saya percaya, at least, we can do something for Islam.
Saya juga selalu berfikir, lebih baik saya spend time disini daripada saya buka laman web lain, hmm..maksud saya, laman web yang tak berunsurkan ilmiah dan keaagamaan...Saya akui,manusia sekarang agak cenderung kepada hiburan-hiburan(saya pun pernah begitu) Lebih-lebih lagi orang Melayu.Mana tidaknya, saban hari kita disajikan dengan hiburan-hiburan, di televisyen, akhbar, majalah dan diman-mana sahaja..Lihat sahaja masjid dengan shopping complex..opss, jauh bezakan???Kalau, konsert dgn ceramah...Berapa kerat sangatlah yang nak pergi ceramah???(I know all of these things is such a boring, so sick to hear dakwah)Saya tahu, sebab saya pun pernah berasa begitu..
Saya rasa, setakat ini untuk hari ini..Ingat tau, saya amat alu-alukan pandangan dan maklumat anda..Sebenarnya,saya pun baru je belajar buat blog ni..heee
Wassalam...

No comments:
Post a Comment