Saturday, February 21, 2009

Sekadar untuk berkongsi..


Saya teringat satu cerita daripada seorang penceramah,(saya lupa siapa, sila betulkan kalau saya salah)..Ketika negara kita sudah mencapai kemerdekaan kira2 setengah abad yang lalu.Pemimpin-pemimpin dulu telah menjalankan pelbagai usaha untuk merealisasikan impian rakyat, iaitu membentuk negara yang bebas merdeka..Saudara-saudari sekalian, kalau kita masih ingat sejarah kita serba sedikit, pasti kita akan sedar betapa susahnya untuk membentuk sebuah negara dan kerajaan sendiri.Selepas tahun 1957, kita masih lagi bergantung pada kerajaan British, disebabkan usia kerajaan kita yang masih terlalu baru.
Perdana Menteri British ketika itu, pernah berucap kepada rakyatnya, bahawa kerajaan mereka akan membantu bekas2 jajahan mereka (of course, termasuk negara kita)dari pelbagai segi, samaada pendidikan, ketenteraan, atau apa sahaja bentuk dalam usaha membentuk negara asia yang baru.Tapi, hanya ada satu sahaja perkara yang perlu dihalang...Semasa saya mendengar cerita ini, puas saya meneka-neka..
Mungkinkah kewangan? Tidak sama sekali..Apabila, kami gagal meneka, penceramah itu pun berkata, "Dia pun menyeluk sesuatu ke dalam poket bajunya, dan mengeluarkan sebuah buku bersaiz poket yang agak kecil, tetapi sedikit tebal, lalu menunjukkan kepada seluruh hadirin ketika itu, sambil berkata" inilah kitab Al-Quran, biarlah mereka membaca, tapi jangan biarkan mereka menguasainya,"

Saya terkejut, sangat terkejut..Pertama,mereka itu cuma orang putih, bukan beragama Islam, bagaimana mereka boleh faham keistimewaan kitab kita? Bahkan, Perdana Menteri mereka mempunyai Al-Quran bersaiz poket, untuk dibawa kemana-mana sahaja...Sedangkan sangat jarang kita menjumpai orang kita berbuat demikian..Kedua, kenapa Perdana Menteri mereka bersungguh-sungguh membuat kenyataan itu?Kenapa kita patut dihalang daripada menguasai Al-Quran?
Mari kita rujuk Al-Quran itu sendiri.Surah Al-Baqarah ayat 120 dan 121 yang bermaksud:

120.Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sesekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu(Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka(yang telah terpesong itu).Katakanlah " Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran) maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah(sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.
121. Orang-orang yang Kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang yang rugi

Penerangan:
Ayat 120 memberi pengajaran kpd umat Islam bahawa orang2 Yahudi dan Kristian itu akn terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya org2 Islam supaya mengikut kehendak mereka.Pelbagai cara dan jalan mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian orang2 Islam.Kerana banyak yang tidak menyedari hakikat bahawa bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang terikut2 adat,cara hidup mereka,semata-mata alasan mengikut peredaran zaman
Ayat 121 pula menerangkan; Kitab Suci itu hendaklah dibaca dgn mengetahui maknanya dengan fahaman berdasarkan iman, yg menggesa pembacanya mengambil dan petunjuknya.Janganlah membaca Al-Quran hanya untuk halwa telinga kepada pendengarnya sahaja atau untuk mendapat faedah dunia semata-mata, kerana yang demikian tak akn memberi hidayah kepada pembacanya bahkan boleh menimpakan akibat yang buruk kepadanya.(Tafsir Al-Manaar, 2:447-448)

Saya terfikir sejenak setelah membaca tafsir pimpinan Ar-Rahman ini...sampai begitu sekali rupanya.Benar, ayat Al-Quran memang benar..Inilah keadaan realiti yang berlaku sekarang,bukankah begitu? Berapa ramai sahaja yang menghafal Al-Quran? Atau persoalan yang lebih penting berapa ramaikah yang mengamalkan ajaran2 Al-Quran yang sebenar-benarnya pada hari ini?
Saya tinggalkan persoalan ini kepada anda.Jika saya berkesempatan, saya akan berbicara lagi soal ini..InsyaAllah..Maaf sekiranya tulisan saya ini kurang memuaskan, kerana saya juga insan seperti anda, sering melakukan kesilapan...Jazakallah..




No comments: