Tuesday, January 20, 2009

jom boycott!!!!

Pada akhir bln Disember thn lepas, kita digemparkan dgn berita Israel menyerang Gaza, Palestin. Kira-kira lebih 1000 orang rakyat Palestin yang tidak bersalah telah mati terbunuh.Lebih menyedihkan lagi, sekolah-sekolah dan hospital turut di bom...kononnya tersasar....dengan adanya peralatan canggih, mengapa mereka boleh trsasar???lepas tu, bukan sekali dua, tapi banyak kali...it's so ridiculous..Mereka juga tak habis2 menegakkan benang yang basah bahawa mereka cuma mempertahankn diri daripada serangan Hamas.
tindakan mereka amat jelas bahawa mereka mahu menghapuskn etnik Palestin dari muka bumi.Mereka mahu merampas tanah milik Palestin..
Saudara-saudari sekalian,
Saya pasti bahawa, ramai pihak sudah menyeru anda supaya memulaukan produk israel-amerika ini..Tapi, saya teramat sedih apabila melihat masih ramai orang yang mengunjungi restoran fast food, masih ramai yang membeli barangan mereka..Walaupun sudah digembar-gemburkan mengenai pemulauan ini....
Saya lebih sedih apabila membaca akhbar utusan mengenai bancian utusan online " adakah anda sanggup memotong gaji anda sebanyak sehari untuk disumbangkan kpda tabung bantuan Palestin....hanya 19.06% yang setuju gaji dipotong...kalau dalam ujian, markah itu dikira fail...saya musykil...mengapa 80.2% tak sanggup???
Saudara-saudara sekalian..
memang benar, bukan negara kita yg sedang berperang..negara palestin itu trlalu jauh, seolah-olah x ada kesan pada negara kita..buka senang nk boycott kalau aku sorang je yg boycott..come on..anda kalau anda berfikir begitu..bermakna, cetek sangat lah pemikiran anda!!
Saudara-saudara sekalian,
sebagai saudara islam, kita WAJIB membantu saudara-saudara kita yg dlm kesusahan.sekadar yg kita mampu..kita bukan disuruh datang pergi ke Gaza dan mnghunus senjata..tidak sama sekali...Kita tiada daya berbuat demikian..tapi takkan kita masih tak berdaya melawan keinginan drpd membeli barangan israel-amerika???
Setakat gaji sehari dipotong, kita takkan sesekali berhari-hari kelaparan macam rakyat Palestin...tidak..kita sudah dapat lebih dari sekadar makanan..kita ada lebih pakaian,kereta, rumah, malah, banyak yang membazir pula..Kenapa susah sangat nak bersyukur???
Saudara-saudari sekalian,
fikirlah kehadapan..Mungkin hari ini, negara kita aman, tapi siapa yang dapat menjamin negara ini akn aman sentiasa????Kita bukannya dapat meramal masa hadapan..Kiamat pun kita x tahu bila...Dan bayangkan, kalau negara kita tiba-tiba berperang...dan tiada siapa snggup membantu...yela, kenapa perlu harapkan negara lain, kalau dulu kita enggan membantu mereka..
Kata orang sikit-sikit, lama-lama jd bukit...itulah cara boycott sekarang..Mungkin sekarang kita tak nampak kesan, tapi insyaAllah, pasti ada hasilnya..bersabarlah..kita masih boleh hidup dgn baik tanpa menggunakan produk mereka...
Fikir-fikirkan lah...

No comments: